Pemesinan Logam
Sunday, 8 November 2015
KAEDAH
PROSES MENCANAI PERMUKAAN
PENGENALAN
Surface grinding adalah projek di mana kerja yang dilakukan menggunakan
mesin pencanai permukaan. Ia bertujuan untuk mencanai permukaan dengan lebih
tepat dan licin. Ia akan memberi kemahiran dan menambah pengetahuan tentang
pengunaan mesin semasa mengoperasi mesin.
Oleh yang
demikian, pemahaman tentang mesin samada mesin kisar ufuk, mesin pencanai
permukaan atau mesin larik amat penting kerana ini dapat membantu dalam
kemahiran dan kecekapan menggunakan mesin dalam tempoh masa yang ditetapkan. Disamping
itu, ia dapat mengelakkan daripada berlaku kemalangan atau kesilapan semasa
menyiapkan projek.
Sudah semestinya, kemahiran dan kecekapan
menggunakan mesin perlu dikuasai sebelum mengoperasikan mesin kerana bakal mengundang kemalangan dan kecelakaan
tanpa disedari.
MESIN PENCANAI PERMUKAAN
Mesin ini memliki satu roda
pencanai yang berbentuk cakera yang dipasang pada arbor mesin. Mesin pencanai
jenis ini digunakan untuk mencanai permukaan bongkah atau kepingan logam supaya
dapat menghasilkan ukuran yang tepat, jitu dan licin. Benda kerja akan dipasang
pada ragum magnet yang terletak di atas meja mesin. Pergerakan meja mesin boleh
dilakukan secara manual atau automatik.

Mesin Pencanai Permukaan / Surface Grinding
Machine
STANDARD OPERATION PROCEDURE
1) Pastikan suiz utama dan suiz pada mesin
dihidupkan .
2) Pastikan butang “emergency button” dilepaskan.
3) Hidupkan suis hidraulik (hydraulic
control system).
4) Setkan benda kerja pada magnetic chuck. Pastikan benda kerja
berada pada tengah- tengah meja kerja dan hidupkan magnet.
5) Laraskan meja longitual mengikut kesamaan
benda kera dengan melaraskan dua “proximity
switches”.
6) Laraskan meja longitual dengan melaraskan dua “proximity switches”.
.
7) Butang suiz pencanai dihidupkan.
8) Untuk mematikan operasi mesin tekan emergency stop, laraskan semula dan
butang pada kedudukan “off”.
9)
Bersihkan “magnetic chuck”.
10) Laraskan kedudukan roda pencanai dan meja pencanai pada kedudukan
yang betul.
11) Tutup suiz pada mesin dan suiz utama.
LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL
Untuk mematuhi sebarang kemalangan yang dinyatakan di atas para pelajar
mestilah memiliki displin dan tabiat kerja yang baik iaitu dengan:-
Ø Mengutamakan kebersihan pada setiap waktu.
Ø Mempunyai sikap yang bertanggungjawab
terhadap diri sendiri.
Ø Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan
sekelas.
Ø Menghargai dan berpuas hati dengan hasil
kerja.
Ø Tidak gopoh semasa melakukan sebarang
kerja.
KEMALANGAN
DARIPADA MESIN, ALAT, DAN KERJA
Selain daripada kecuaian diri sndiri, kemalangan juga boleh berlaku
akibat daripada keadaan peralatan mesin serta keadaan kerja yang dilakukan.
Antaranya ialah:-
Ø Segala mesin dan benda yang berputar yang boleh menyebabkan ia
tersangkut pada pakaian dan mengakibatkan kecederaan yang serius.
Ø Logam yang keras dan mempunyai bur yang
tajam boleh menyebabkan luka.
Ø Logam dan peralatan yang lain yang berat
boleh mendatangkan kemalangan apabila peralatan tersebut terjatuh atau menimpa
mana mana bahagian anggota badan ketika menggangkatnya.
Ø Kerosakan peralatan elektrik atau litar elektrik
boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
KEMALANGAN YANG BERPUNCA DARIPADA
MANUSIA
Sikap cuai semasa mengendalikan peralatan
di dalam bengkel boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di antaranya adalah :-
Ø Penyalahgunaan peralatan dengan tujuan untuk bergurau senda.
Contohnya menyemburkan udara termampat kearah kawan boleh menyebabkan
kecederaan jika terkena mata.
Ø Sikap yang tidak bertanggung jawab dan
endah tak endah dengan peralatan yang berisiko tinggi.
Ø Tidak mematuhi peraturan dan tanda-tanda
amaran umpamanya tanda larangan merokok ditempat-tempat yang mudah terbakar dan
sebagainya.
LANGKAH-LANGKAH
MENCANAI PERMUKAAN
1) Penyediaan benda kerja pada permulaan
proses.
Ø Kikirkan segala karat dan bur dan dilapkan
dengan kain buruk yang bersih.
Ø Ketebalan benda kerja diukurkan, dan titik
tertinggi ditentukan.
Ø Benda kerja dicengkamkan pada ragum
magnet.

2) Table Direction Dogs dilaraskan.
Ø Jarakkan 30 – 50 mm mata pemotong roda pencanai daripada sisi benda
kerja.
Ø Jarakkan 10 mm pada bahagian hadapan / belakang daripada bahagian benda
kerja.

3) Table Direction Dogs dilaraskan.
Ø Posisi daripada hadapan, belakang, kiri, kanan bebas diperiksa sama ada terselamat bahaya
apabila roda pencanai diputarkan.
Ø Roda pencanai dihampiri pada jarak 0.5 mm.

4) Proses mencanai permukaan di mulakan
Ø Power, Hydraulic Pump, dan Suis Spindal Roda
Pencanai dibukakan.
Ø Kadar suapan meja mesin ke kiri / ke kanan
secara automatik dilaraskan.
Ø Butang Table Start
ditekankan.

5) Proses penyentuhan Pada Benda kerja.
Ø Manual Fine – Feed Knob dipusingkan secara perlahan-lahan.
Ø Knob
dihentikan berpusing
apabila spark dan bunyi terhasil.

6) Roda Pencanai dijarakkan dari Benda Kerja .
Ø Roda pencanai ditepikan 10 mm daripada benda kerja.

7) Kedalaman Mencanai Dilaraskan.
Ø Kedalaman mencanai disetkan pada manual
fine - feed knob kira - kira 0.015
mm - 0.030 mm.

8) Switch Grinding Oil Pump Dihidupkan.
Ø Grinding Oil Pump Switch dihidupkan (ON).

9) Kadar suapan dilakukan secara serselang – seli.
Ø Column Intermittent Feed
Amount dilaraskan kepada 2/ 3 daripada kelebaran
roda pencanai.

10) Pencanai penyudahan dilakukan (finishing).
Ø Kedalaman mencanai disetkan 0.005 mm – 0.010 mm untuk melakukan mencanai
penyudahan (finishing).

11) Suapan Column Dilaraskan.
Ø Suis (Column Feed Switch)
dilaraskan ½ kelebaran roda pencanai.

12) Pencanaian Dilakukan.
Ø Roda pencanai dioperesikan melalui benda
kerja 2 - 3 kali tanpa pemotongan sehingga bunga api berhenti.

13) Menghentikan Mesin.
Ø Kadar suapan meja mesin ke kiri / kanan
dilaraskan kepada ‘ 0 ’.
Ø Butang Table Stop
ditolakkan.
Ø Butang Grinding Oil Motor
dipadamkan.
Ø Butang Full – Stop dipadamkan.

14) Mengeluarkan Benda Kerja Daripada Ragum
Magnet.
Ø Roda Pencanai digerakkan ke tepi dengan
sempurna.
Ø Suis magnetic dipadamkan.
Ø Benda kerja dipastikan tiada sentuhan pada
roda pencanai semasa hendak mengeluarkannya.
Ø Mesin dibersihkan seperti keadaan sedia kala supaya jangka hayat
mesin lebih lama.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, proses
pencanaian permukaan dan pencanaian silinder memerlukan kemahiran dan kepakaran
yang tinggi supaya segala kerja dapat berjalan dengan mudah. Kedua-dua proses juga memerlukan kerja
tangan yang benar-benar teliti bagi perjalanan deng projek dapat berjalan
lancar.
Dalam penyiapan projek ini, displin dan jati diri perlu berada
serasi bagi menghasilkan hasil kerja yang betul-betul mengikut spek yang
dikehendaki oleh tenaga pengajar. Jika projek ini dilakukan dengan tidak serius, maka hasilnya amat
mendukacitaan. Oleh itu kerja perlu dijalankan dalam iklim yang begitu membina.
Subscribe to:
Posts (Atom)