Sunday, 8 November 2015

KAEDAH PROSES MENCANAI PERMUKAAN


PENGENALAN


     Surface grinding adalah projek di mana kerja yang dilakukan menggunakan mesin pencanai permukaan. Ia bertujuan untuk mencanai permukaan dengan lebih tepat dan licin. Ia akan memberi kemahiran dan menambah pengetahuan tentang pengunaan mesin semasa mengoperasi mesin.

 Oleh yang demikian, pemahaman tentang mesin samada mesin kisar ufuk, mesin pencanai permukaan atau mesin larik amat penting kerana ini dapat membantu dalam kemahiran dan kecekapan menggunakan mesin dalam tempoh masa yang ditetapkan. Disamping itu, ia dapat mengelakkan daripada berlaku kemalangan atau kesilapan semasa menyiapkan projek.


Sudah semestinya, kemahiran dan kecekapan menggunakan mesin perlu dikuasai sebelum mengoperasikan mesin kerana  bakal mengundang kemalangan dan kecelakaan tanpa disedari.


MESIN PENCANAI PERMUKAAN

Mesin ini memliki satu roda pencanai yang berbentuk cakera yang dipasang pada arbor mesin. Mesin pencanai jenis ini digunakan untuk mencanai permukaan bongkah atau kepingan logam supaya dapat menghasilkan ukuran yang tepat, jitu dan licin. Benda kerja akan dipasang pada ragum magnet yang terletak di atas meja mesin. Pergerakan meja mesin boleh dilakukan secara manual atau automatik.



IMG_1216
Mesin Pencanai Permukaan / Surface Grinding Machine


STANDARD OPERATION PROCEDURE


1)      Pastikan suiz utama dan suiz pada mesin dihidupkan .

2)      Pastikan butang “emergency button” dilepaskan.

3)      Hidupkan suis hidraulik (hydraulic control system).

4)      Setkan benda kerja pada magnetic chuck. Pastikan benda kerja berada pada tengah- tengah meja kerja dan hidupkan magnet.

5)      Laraskan meja longitual mengikut kesamaan benda kera dengan melaraskan dua “proximity switches”.

6)      Laraskan meja longitual dengan melaraskan dua “proximity switches”.
.
7)      Butang suiz pencanai dihidupkan.

8)      Untuk mematikan operasi mesin tekan emergency stop, laraskan semula dan butang pada kedudukan “off”.

9)      Bersihkan “magnetic chuck”.

10)  Laraskan kedudukan roda pencanai dan meja pencanai pada kedudukan yang betul.

11)  Tutup suiz pada mesin dan suiz utama.


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL

    Untuk mematuhi sebarang kemalangan yang dinyatakan di atas para pelajar mestilah memiliki displin dan tabiat kerja yang baik iaitu dengan:-

Ø  Mengutamakan kebersihan pada setiap waktu.
Ø  Mempunyai sikap yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
Ø  Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas.
Ø  Menghargai dan berpuas hati dengan hasil kerja.
Ø  Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja.


KEMALANGAN DARIPADA MESIN, ALAT, DAN KERJA

      Selain daripada kecuaian diri sndiri, kemalangan juga boleh berlaku akibat daripada keadaan peralatan mesin serta keadaan kerja yang dilakukan. Antaranya ialah:-

Ø  Segala mesin dan benda yang berputar yang boleh menyebabkan ia tersangkut pada pakaian dan mengakibatkan kecederaan yang serius.
Ø  Logam yang keras dan mempunyai bur yang tajam boleh menyebabkan luka.
Ø  Logam dan peralatan yang lain yang berat boleh mendatangkan kemalangan apabila peralatan tersebut terjatuh atau menimpa mana mana bahagian anggota badan ketika menggangkatnya.
Ø  Kerosakan peralatan elektrik atau litar elektrik boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.


KEMALANGAN YANG BERPUNCA DARIPADA MANUSIA

    Sikap cuai semasa mengendalikan peralatan di dalam bengkel boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di antaranya adalah :-

Ø  Penyalahgunaan  peralatan dengan tujuan untuk bergurau senda. Contohnya menyemburkan udara termampat kearah kawan boleh menyebabkan kecederaan jika terkena mata.
Ø  Sikap yang tidak bertanggung jawab dan endah tak endah dengan peralatan yang berisiko tinggi.
Ø  Tidak mematuhi peraturan dan tanda-tanda amaran umpamanya tanda larangan merokok ditempat-tempat yang mudah terbakar dan sebagainya.


LANGKAH-LANGKAH MENCANAI PERMUKAAN

1)      Penyediaan benda kerja pada permulaan proses.

Ø  Kikirkan segala karat dan bur dan dilapkan dengan kain buruk yang bersih.
Ø  Ketebalan benda kerja diukurkan, dan titik tertinggi ditentukan.
Ø  Benda kerja dicengkamkan pada ragum magnet.


2)      Table Direction Dogs dilaraskan.

Ø  Jarakkan 30 – 50 mm mata pemotong roda pencanai daripada sisi benda kerja.
Ø  Jarakkan 10 mm pada bahagian  hadapan / belakang daripada bahagian benda kerja.






3)      Table Direction Dogs dilaraskan.

Ø  Posisi daripada hadapan, belakang, kiri, kanan  bebas diperiksa sama ada terselamat bahaya apabila roda pencanai diputarkan.
Ø  Roda pencanai dihampiri pada jarak 0.5 mm.


4)      Proses mencanai permukaan di mulakan

Ø  Power, Hydraulic Pump, dan Suis Spindal Roda Pencanai dibukakan.
Ø  Kadar suapan meja mesin ke kiri / ke kanan secara automatik dilaraskan.
Ø  Butang Table Start ditekankan.


5)      Proses penyentuhan Pada Benda kerja.

Ø  Manual Fine – Feed Knob dipusingkan secara perlahan-lahan.
Ø  Knob dihentikan berpusing apabila spark dan bunyi terhasil.

6)      Roda Pencanai dijarakkan dari Benda Kerja .

Ø  Roda pencanai ditepikan 10 mm daripada benda kerja.


7)      Kedalaman Mencanai Dilaraskan.

Ø  Kedalaman mencanai disetkan pada manual fine - feed knob  kira - kira 0.015 mm - 0.030 mm.


8)      Switch Grinding Oil Pump Dihidupkan.

Ø  Grinding Oil Pump Switch dihidupkan (ON).




9)      Kadar suapan dilakukan secara serselang – seli.

Ø  Column Intermittent Feed Amount dilaraskan kepada 2/ 3 daripada kelebaran roda pencanai.

10)  Pencanai penyudahan dilakukan (finishing).

Ø  Kedalaman mencanai disetkan 0.005 mm – 0.010 mm untuk melakukan mencanai penyudahan (finishing).

11)  Suapan Column Dilaraskan.

Ø  Suis (Column Feed Switch) dilaraskan ½  kelebaran roda pencanai.



12)  Pencanaian Dilakukan.

Ø  Roda pencanai dioperesikan melalui benda kerja 2 - 3 kali tanpa pemotongan sehingga bunga api berhenti.

13)  Menghentikan Mesin.

Ø  Kadar suapan meja mesin ke kiri / kanan dilaraskan kepada ‘ 0 ’.
Ø  Butang Table Stop ditolakkan.
Ø  Butang Grinding Oil Motor dipadamkan.
Ø  Butang Full – Stop dipadamkan.


14)  Mengeluarkan Benda Kerja Daripada Ragum Magnet.

Ø  Roda Pencanai digerakkan ke tepi dengan sempurna.
Ø  Suis magnetic dipadamkan.
Ø  Benda kerja dipastikan tiada sentuhan pada roda pencanai semasa hendak mengeluarkannya.
Ø  Mesin dibersihkan seperti keadaan sedia kala supaya jangka hayat mesin lebih lama.


KESIMPULAN


Secara kesimpulannya, proses pencanaian permukaan dan pencanaian silinder memerlukan kemahiran dan kepakaran yang tinggi supaya segala kerja dapat berjalan dengan mudah. Kedua-dua proses juga memerlukan kerja tangan yang benar-benar teliti bagi perjalanan deng projek dapat berjalan lancar.

      Dalam penyiapan projek ini, displin dan jati diri perlu berada serasi bagi menghasilkan hasil kerja yang betul-betul mengikut spek yang dikehendaki oleh tenaga pengajar. Jika projek ini dilakukan  dengan tidak serius, maka hasilnya amat mendukacitaan. Oleh itu kerja perlu dijalankan dalam iklim yang begitu membina.


4 comments:

  1. Boleh bagitau saya beberapa jenis produk yang dihasilkan mengunakan Mesin Canai Permukaan ? Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Operasi mesin pencanai permukaan

    ReplyDelete
  3. Sebelum melakukan kerja2 mencanai, mata roda pencanai mestilah di asah atau diratakan dahulu (dress)supaya permukaan bahan kerja yg dicanai mendapat hasil yg baik.

    ReplyDelete